10:26 AM

Sekapur Sirih

Posted by Majlis Belia Daerah Kuala Selangor

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada semua yang melayari blog majlis belia daerah kuala selangor ini. Atas dasar keperihatinan dan sumbangan saudara saudari terutama dalam membangunkan belia dari segi sahsiah, ekonomi dan pendidikan , blog ini diharapkan menjadi salah satu wadah untuk bertukar pendapat dan mewujudkan idea baru.


Idea pembangunan Belia Untuk Belia [ Youth to Youth] adalah idea yang sangat baik kerana hanya belia sahaja yang memahami kehendak belia. Cuma apa yang diharapkan segala idea atau cadangan untuk pembangunan belia dalam daerah ini adalah satu idea atau cadangan yang ikhlas dan bertanggung jawab.


Satu Malaysia merupakan satu slogan yang mudah diucapkan tetapi kita perlu perhalusi dari segi perlaksanaan. Pada dasarnya ia menjurus kepada kesamarataan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Belia harus berani menyatakan hak mereka terutama dari segi membangunkan sahsiah, ekonomi , pendidikan dan semangat petriotisme dikalangan belia. Kerana sejarah telah membuktikan bahawa perasaan sak wasangkan yang keterlaluan dan perasaan tidak puashati tanpa menanamkan semangat tolak ansur akan menghancurkan satu tamadun yang dibina. Lihat sahaja apa yang berlaku negara Iraq, Kejatuhan Empayar Cina kerana candu, Kerajaan Melaka kerana hasad dengki jatuh ke tangan Portogis.


Kita perlu menanam semangat petrotisme dalam diri setiap insan yang mengakui dirinya rakyak Malaysia dan muhasabah diri bertapa nikmatnya duduk dalam sebuah negara yang aman dan sentosa seperti Malaysia ini. Kita fikir bagaimana susahnya pemimpin kita dulu yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman mengepalai negara untuk memperolehi kemerdekaan. Pada waktu itu Seluruh warga Malaysia sanggup berkorban apa sahaja untuk menperolehi sesuatau yang amat berharga iaitu MERDEKA.


Akhir kalam semoga segala sumbangan atau idea membangunkan belia terutama di daerah ini amatlah kami hargai.


Sekian Terima Kasih


ikhlas daripada



MOHD ZAMRI BIN KAHAR
Pengerusi
Majlis Belia Daerah Kuala Selangor

TEL : 0133616226